Saturday, December 17, 2011

Maharaja Lawak Mega Final lawan Ombak Rindu

Sekarang ini filem Ombak Rindu meletup sakan di pawagam. Kutipan mencurah-curah ke poket penerbit dan mencurah-curah keluar dari poket penonton. Tahniah kepada penonton kerana pemurah menghulurkan sumbangan kepada penerbit filem ini. Joyah cadangkan kepada penerbit teater buatlah pula teater Ombak Rindu. Mesti boleh jadi kaya macam penerbit filem juga. Ala bukan tak tahu, di negara kita pantang ada benda popular, semuanya hendak diteaterkan. Penerbit teater materialistik, apa tunggu lagi. Jangan biarkan kehangatan filem Ombak Rindu hilang, cepatlah buat teater. Bukannya susah sangat kerana yang penting letakkan pelakon macam Maya Karin, Aaron Aziz dan banyak lagilah. Memang filem ini ada gelombang tersendiri. Kalau nak tahu Ombak Rindu dah mencecah hampir RM9 juta mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Finas sehingga 15 Disember lalu. Lantas menyebabkan Ombak Rindu bakal dijadikan drama di Astro selepas ini. Biasalah bila meletup di panggung esok lusa juga akan didramakan di tv. Apa nak hairan dah memang sikap penerbit yang nak kaut untung dengan harapan karya ini akan diterima sama rata oleh penonton. Joyah tertanya-tanya juga ada tak orang teater nak pentaskan Ombak Rindu lepas ni? Joyah tahu sudah ada beberapa orang yang berkira-kira nak pentaskan Ombak Rindu. Kepada penerbit teater, selamat membuat teater Ombak Rindu. Selamat mengaut untung, mana tahu teater Ombak Rindu pula catat box office. Kalau tak menangguk di air keruh di mana lagi?

No comments:

Post a Comment